Chevron pasarkan bahan api terbaru
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Chevron Malaysia Ltd. (Chevron) yang memasarkan bahan api jenama Caltex, mengumumkan pengenalan Caltex Diesel dengan Techron®D, minyak diesel baharu yang mengandungi bahan tambahan Techron®D.
Chevron dalam kenyataannya di sini berkata, Caltex Diesel dengan Techron®D terbukti mampu mengawal enapan, mengekalkan kebersihan penyuntik minyak dan memberikan prestasi yang optimum kepada enjin.
Pengurus Negara Chevron, Jeremy Oh berkata, pelancaran Caltex Diesel dengan Techron®D adalah sebahagian strategi pemasaran minyak Chevron untuk menawarkan produk minyak berbeza dan berkualiti kepada semua pengguna.
" Suasana perniagaan kini mencabar dan ramai pengguna diesel adalah golongan bekerja keras dan bergantung kepada kenderaan untuk menyara hidup mereka.
''Kami percaya Caltex Diesel dengan Techron®D baru dengan kuasa pembersihan terbukti akan menghasilkan enjin lebih bersih, yang seterusnya akan memberikan prestasi lebih baik," kata beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataannya di sini hari ini.
Tambah Oh, Caltex Diesel dengan Techron®D terbaru yang memenuhi spesifikasi EURO2M boleh didapati di semua stesen servis Caltex di seluruh negara sejak 1 September 2009, dan menggantikan produk diesel tanpa bahan tambahan Caltex yang terdahulu.
''Stesen servis Caltex™ akan menjual Caltex Diesel dengan Techron®D pada harga sama yang ditetapkan kerajaan seperti produk diesel sebelum ini, walaupun ia merupakan formula baru dengan manfaat tambahan.
''Bagi enjin diesel, langkah memastikan kebersihan penyuntik minyak adalah sangat penting bagi menghalang enapan. Enapan ini boleh mengganggu corak semburan penyuntik yang menjejaskan proses campuran minyak-air dan ini menyebabkan penggunaan minyak kurang cekap, penggunaan lebih tinggi serta menjejaskan prestasi enjin,'' katanya.
Beliau berkata, penyelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa Caltex Diesel dengan Techron®D memastikan penyuntik minyak lebih bersih dan membantu mengekalkan penjimatan minyak serta memberikan kuasa yang optimum
Semua produk petrol dan diesel Caltex boleh didapati di seluruh rangkaian 420 stesen minyak mematuhi spesifikasi EURO2M sejak 1 September lalu.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_05.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar